Manusia, Muslim & Petunjuk

Semua makhluk yang dicipta asalnya adalah islam.

Salah satu perbezaan manusia dan binatang adalah tempoh matang masing2, sebasar2 binatang pun mempunyai tempuh matang yang singkat. Mereka tidak pernah lupa pengakuan iaitu Allah swt adalah Tuhan mereka.

Manusia memerlukan tempoh matang yang lama sehingga 15 tahun. Dalam tempuh yang selama itu kebanyakannya sudah lupa pengakuan asal mereka.

Manusia kemudiannya tercorak mengikut pendidikan kedua ibubapa.

Manusia muslim adalah mereka yang mengakui secara sedar akan Allah swt adalah Tuhan alam dan Nabi Muhammad saw adalah Rasul dan Pesuruh Nya.
Adakah setiap muslim itu mendapat petunjuk? Jawapnya tidak. Sebab petunjuk itu adalah satu peringkat kehadapan bagi setiap seseorang muslim

Contoh mudah kenikmatan yang kita dapat dari makanan. Bagi yang makan untuk  mendapat kenyang berbeza rasa nikmaknya kepada yang makan kerana untuk menikmati rasa masakannya.

Jadi petunjuk itu sangat besar maknanya apabila muslim itu mencari petunjuk. Tapi tiada beguna langsung sekiranya muslim itu tidak boleh menilai petunjuk.

Apa itu petunjuk?, petunjuk adalah dalil yang menunjukkan adanya Dzat Allah swt yang Maha Agung, yang dengan dalil itu muslim itu menjadi semakin wara’ dengan Tuhannua.

Contoh mudah terkadang kita boleh lihat mengapa saudara2 baru masuk islam lebih komited keislamanya dari kita yang sudah bertahun2 islam, sebabnya mereka mencari islam maka Allah swt mengurniakannya. Sebaliknya kita rasa sudah cukup pengakuan islam kita, maka kita tidak lagi mencari Allah swt.

Ini adalah ingatan untuk diri sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s